7 Terbaik Tempat Berhantu Terkenal Di Semenanjung Malaysia

 
 

Kali ini Tobi nak kongsi dengan anda 7 tempat terkenal di semenanjung Malaysia yang mempunyai cerita-cerita hantunya yang agak panas.Walaupun banyak sekali tempat di Malaysia ini yang di katakan berhantu tetapi Tobi dah buat saringan untuk tempat-tempat yang agak terkenal.Jom kita baca.

1.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
 
 

Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama akibat kegawatan ekonomi tahun 1998.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 14 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

2.LEBUHRAYA KARAK
 
 

Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini.Pelbagai tragedi atau kemalangan berpunca dari Volkswagon Kuning.Selain itu cerita yang agak famous ialah seorang suami di keronyok atau di siat-oleh lembaga yang tak pasti siapa (pengakuan pihak peronda macam mawas).Kalau anda pernah tengok cerita Karak Kru tu, haa ceritanya kebanyakkan adalah cerita betul cuma bab dekat rumah tu tak pasti lah pulak.

 

3.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
 

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Mengikut cerita , tempat ini adalah tempat “parking” bagi belaan-belaan atau hantu yang di bawa oleh pengunjung untuk berjudi tetapi berjaya di kesan oleh pihak security (sami-sami) Genting.Biasalah tempat judi no 1 ,mesti ramai bawa belaan masing2..

4. SIMPANG T – GEORGETOWN,PULAU PINANG
 
 

Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapatsebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

5.INTISTUT ST MICHAEL, IPOH,PERAK

Pada zaman perang dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

6. MALAY COLLAGE KUALA KANGSAR (MCKK) , KUALA KANGSAR,PERAK

Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelajar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan. 

7. Penjara Pudu
 

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

 

Tobi : ada pengalaman jumpa hantu?boleh kongsi disini

 
Filed in: Misteri&Jenayah Tags: , ,

You might like:

7 Terbaik Populasi  Penduduk Teramai 2013 7 Terbaik Populasi Penduduk Teramai 2013
7 Terbaik Gunung Tertinggi di dunia 7 Terbaik Gunung Tertinggi di dunia
7 Terbaik Bangunan Tertinggi di dunia 2013 7 Terbaik Bangunan Tertinggi di dunia 2013
7 Terbaik Tempat Berhantu Terkenal Di Semenanjung Malaysia 7 Terbaik Tempat Berhantu Terkenal Di Semenanjung Malaysia

Leave a Reply

Submit Comment
© 2014 Koleksi 7 Terbaik Seluruh Dunia. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.