7 Terbaik Pedang Samurai Paling Popular

 
Telah di salah anggap oleh kebanyakkan orang bahawa “Samurai itu ialah Pedang”.Sebenarnya Samurai itu merujuk kepada Pahlawan Jepun itu sebenarnya.Pedang pula di kenali sebagai “Ken”.Jadi bagi memudahkan untuk di sebut maka orang ramai pon memanggil “Pedang Samurai”
Topik kali ini Tobi akan berkogsi dengan anda jenis-jenis pedang samurai.Sebenarnya banyak jenis Pedang Ken ini.Tapi seperti biasa Tobi akn pilih 7 pedang Samurai yang paling popular di kalangan Pahlawan Jepun.Jom kita semak : 

1. TANTO

Anda pernah melihat Film Goemon, anda pasti mengetahui pedang ini. Pedang ini biasanya dibawa oleh tuan puteri sebagai alat mempertahankan diri. Ukuran pedang ini sekitar 25 cm.Pedang ini selalunya di simpan pada obi(ikatan pada pinggang atau kimono).Pedang ini mudah digunakan untuk pertahankan diri secara spontan.

2. WAKIZASHI

Kalau anda penggemar Final Fantasy, pasti anda kenal pada watak Yojinbo. Pendekar pedang yang mampu membelah apa saja. Salah satu serangannya menggunakan Pedang Wakizashi. Wakizashi merupakan sejenis pedang samurai dengan panjang antara 30-60 cm, para samurai biasanya menggunakan pedang ini sebagai “Senjata Kedua”.

3. KODACHI

Kodachi adalah merupakan senjata kesayangan Aoshi Shinomori anggota Japan Gatana  dalam serial manga Samurai X. Kodachi lebih panjang dari wakizashi, tetapi lebih pendek dari Katana. Biasa digunakan sebagai perisai dalam hand – to – hand combat.

Kerana tidak sepanjang katana (kurang dari 2 shaku) maka tidak menyalahi aturan membawa pedang ini di zaman Edo oleh orang biasa (dulu cuma samurai yang boleh bawa pedang). Pedangnya lebih melengkung dari wakizashi. Pedang ini cukup ringan sehingga memudahkan pengguna-nya bergerak lincah.

4. KATANA

Katana merupakan pedang khas bagi semua Samurai. Setiap ninja akan mempunyai katana diselit pada pinggang mereka. Jika anda penggemar filem Ninja Hatori, pasti tidak asing dengan Pedang ini. Pedang ini panjangnya antara 70cm. 

Pedang ini akan sentiasa di bawa oleh para Samurai,biasanya mereka membawanya bersama dengan Wakizashi atau Tanto bergantung pada kebolehan Samurai tersebut.Pedang Katana melambangkan status mereka sebagai Samurai yang di iktiraf. 

5. NINJA-TO

Pedang Ninjato juga merupakan pilihan para samurai. Ringkas dan ringan membuat pedang ini mudah untuk dimasukkan kedalam baju. Perbezaannya denga Katana ialah ia lurus dan tidak bengkok seperti Katana.
 

6. NODACHI & ODACHI

 

 
Merupakan Pedang Ken yang paling panjang dan panjangnya  antara 80 cm. Pedang ini tidak sesuai untuk pertempuran jarak dekat.Kegunaan pedang ini lebih kepada serangan berkuda iaitu membelah pasukan berkuda pasukan musuh.

Dalam serial manga Samurai deeper Kyo, ia menggunakan pedang jenis  ini. Walaupun sebenarnya tidak sesuai untuk pertempuran jarak dekat tetapi pedang ini merupakan senjata sulit bila keadaan memerlukan.

 

7. NAGAMAKI

 

Jika anda lihat dengan teliti Pedang Nagamaki ini mempunyai pemegang dan mata pisau yang sama panjang.Itulah pedang Nagamaki,pemegang dan pisaunya sama atau hampir sama panjang.Digunakan untuk serangan mendadak. Penggunaan pedang ini tidak seekfisen Pedang Tanto. Tapi pedang ini memilki keindahan yang tersendiri.

Tobi : Semangat samurai yang berani mati,malu kalau melarikan diri bila nak kalah..Kalah biar bermaruah.

 
Filed in: Alam&Keindahan, Fakta&Sains Tags: , ,

You might like:

7 Terbaik Populasi  Penduduk Teramai 2013 7 Terbaik Populasi Penduduk Teramai 2013
7 Terbaik Gunung Tertinggi di dunia 7 Terbaik Gunung Tertinggi di dunia
7 Terbaik Bangunan Tertinggi di dunia 2013 7 Terbaik Bangunan Tertinggi di dunia 2013
7 Terbaik Tempat Berhantu Terkenal Di Semenanjung Malaysia 7 Terbaik Tempat Berhantu Terkenal Di Semenanjung Malaysia

Leave a Reply

Submit Comment
© 2014 Koleksi 7 Terbaik Seluruh Dunia. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.