7 Filem Terbaik Terlaris Di Dunia

 

Adakah anda suka menonton wayang? Tetapi tahukah anda filem yang mana yang mencatat kutipan paling tinggi? Ok,kali ni tobi nak senaraikan 7 Filem Terbaik yang mencatatkan kutipan paling tinggi di seluruh dunia.

Pirates of The Carribbean : Dead Man’s Chest

Tahun : 2006

Lakonan mantap Johnny Depp sebagai kapten kapal Black Pearl, Jack Sparrow pada tahun 2006 merupakan filem ketujuh berjaya setakat ini dengan jumlah kutipan sebanyak $1,066,179,725.Merupakan siri ke 2 dari trilogi Pirate of Carribbean diarahkan oleh Gore Verbinski dengan kos perbelanjaan kiraa $225 juta.

 

The Lord of the Rings :The Return of the King

Tahun : 2003

Bahagian ketiga trilogi The Lord Of The Ring ini menelan kos sebanyak $96 juta untuk pembikinannya yang memberi impak yang besar kepada dunia perfileman. Filem yang dipenuhi dengan fantasi ini diadaptasi dari novel yang  karya J.R.R Tolkien dan berjaya memenangi 11 piala Oscar.Filem dibawah arahan Peter Jackson ini mencatat kutipan sebanyak $1,119,929,521 di seluruh dunia.

 

Transformers: Dark of the Moon

Tahun : 2011

Transformers:Dark of The Moon ditayangkan pada 2011 dengan kutipan sebanyak $1,123,746,996 menjadikan filem kelima yang mencatat kutipan tertinggi diseluruh dunia.Filem diarahkan oleh Michael Bay berdasarkan kartun Transformers dengan mengekalkan teraju utama siri filem Transformers sebelum ini iaitu Shia LeBouf. Siri ke 3 Transformers kali ini membariskan Megan Fox selaku heroin disebabkan kontroversinya dengan produksi filem Transformer tetapi seorang aktres yang tidak kurang hebatnya, pernah muncul dalam The Victoria’s Secret Fashion Show mengantikan tempat Megan Fox, iaitu Rosie Huntington-Whiteley.

 

Harry Potter and Deathly Hallows-Part 2

Tahun: 2011

Harry Potter and Deathly Hallows-Part 2 mencatat kutipan sebanyak $1,328,111,219 berada di tempat keempat.Filem fantasi di bawah arahan David Yates berdasarkan novel Harry Potter and Deathly Hallows hasil tulisan penulis novel terkenal iaitu J.K.Rowling.Jika dibandingkan dengan tujuh episod sebelum ini, filem terakhir dalam siri pengembaraan fantasi Harry Potter yang diberi judul Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 2 boleh dianggap edisi terbaik dalam francais itu yang pernah menemui penonton. Bukan saja dilihat lebih kemas dari segi penceritaan, skrip mahupun perkembangan watak yang lebih dirasa, bahkan kesan khasnya terutama dari segi persembahan visual nyata cukup mempesona sehingga menarik penonton menonton filem ini.

 

Marvel’s The Avengers

Tahun:2012

Filem yang ditayangkan tahun 2012,The  Avengers terbitan Marvel Production berada di tangga ketiga mencatat kutipan tertinggi di seluruh dunia dengan kutipan sebanyak $1,460,951,422 di seluruh dunia.Dengan membariskan pelakon terkenal yang memegang watak superhero iaitu Rober Downey Jr,Chris Evans,Scarlett Johannson, Samuel.L.Jackson dan lain-lain lagi  berjaya menarik minat penonton untuk menonton filem ini dengan aksi hebat mereka.

 

 Titanic

 Tahun:1997

Filem yang menduduki tangga kedua selepas filem Avatar ialah Filem Titanic.Filem hebat ini dihasilkan oleh pengarah James Cameroon pada tahun 1997 dengan mencatat kutipan sebanyak $2,185,372,302.James Cameroon mengukuhkan kedudukan sebagai Raja Box Office apabila dua filem arahannya berada di tangga dua teratas.Filem yang memenangi 11 piala Oscar ini menelan belanja sebanyak $200 juta untuk pembikinannya.Titanic memaparkan kisah cinta yang tragik antara dua pasangan kekasih iaitu Rose dan Jack yang berlainan darjat.

 

Avatar

Tahun :2009

Filem Avatar menduduki tangga teratas yang mencatat kutipan tertinggi diseluruh dunia dengan jumlah kutipan sebanyak $2,783,165,628.Merupakan filem sains fiksyen yang ditulis dan diarahkan juga oleh James Cameroon pada tahun 2009.Filem ini menceritakan tentang sebuah satelit sebesar bumi yang dihuni oleh bangsa Na’vi yang peradabannya mulai diusik oleh manusia. Bangsa Na ‘vi adalah mahluk primitif yang sekilas mirip manusia, hanya saja mereka bertubuh besar, berwarna biru dan memiliki ekor.Perebutan kuasa bermula apabila sumber daya bumi mulai menipis, saat itulah penduduk bumi mencari sumber energi pengganti dengan berusaha menyerang dan menakluki Pandora.Dengan kesan visual yang lain daripada yang lain serta jalan cerita yang menarik menjadikan filem ini terlaris sepanjang zaman.

 

Tobi : Kesemua ketujuh-tujuh filem di atas telah di tonton oleh Tobi di Wayang Gambar..Big Smile

 
Filed in: Hiburan&It Tags: , ,

You might like:

7 Terbaik Populasi  Penduduk Teramai 2013 7 Terbaik Populasi Penduduk Teramai 2013
7 Terbaik Gunung Tertinggi di dunia 7 Terbaik Gunung Tertinggi di dunia
7 Terbaik Bangunan Tertinggi di dunia 2013 7 Terbaik Bangunan Tertinggi di dunia 2013
7 Terbaik Tempat Berhantu Terkenal Di Semenanjung Malaysia 7 Terbaik Tempat Berhantu Terkenal Di Semenanjung Malaysia

3 Responses to "7 Filem Terbaik Terlaris Di Dunia"

  1. Supir says:

    Gua pon tengok sumenyaa…

  2. Ani Mas Puteh says:

    alaaa..cite Titanic je ani tak pernah tengok..best sangat ke?

Leave a Reply

Submit Comment
© 2014 Koleksi 7 Terbaik Seluruh Dunia. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.